Translate
Monday, 10 November 2014
Motivasi Hidup Perjuangan Perlu Diteruskan!
Berusahalah, jangan berpuas hati sehingga yang baik menjadi lebih baik dan yang lebih baik menjadi paling baik. (Larry Bielat)
Manusia cemerlang fokus kepada kerja penting walaupun tidak seronok. Sementara manusia lemah fokus kepada kerja seronok walaupun tidak penting. (Dr. Shukri Abdullah)
Kejayaan bergantung kepada apa yang anda lakukan dengan diri anda. (Ron Jenson)
Kegagalan bukan muktamad. Kita gagal kerana terlalu cepat mengaku kalah dan mudah putus asa. (Lewis Timberlane)
Tidak ada kemajuan tanpa perubahan. Mereka yang tidak boleh mengubah pemikiran tidak boleh mengubah apa-apa. (George Bernard Shaw)
Musuh utama kecemerlangan bukanlah kekurangan fizikal, sosial atau ekonomi tetapi mental. (Dr. Shukri Abdullah)
Saya tidak kalah apabila saya berada di bawah. Saya hanya kalah sekiranya saya tidak bangun semula dari bawah. (Dr. Shukri Abdullah)
Buatlah apa yang anda mampu buat, dengan apa yang anda ada dan di mana sahaja anda berada kerana tiada alasan di dalam kamus pemburu kejayaan. (Henry Truman)
Secara semulajadi semua manusia itu sama, tetapi ilmu menjadikan mereka cukup berbeza. (Bidalan Cina)
Rancanglah masa depan anda kerana di situlah anda akan menghabiskan hidup anda. (Dr. Shukri Abdullah)
RAJIN itu adalah punca segala kejayaan dan MALAS pula punca segala kegagalan. (Dr. Shukri Abdullah)
Rahsia kejayaan cuma ada dua perkataan, TRY (cuba lagi) HARDER (lebih kuat). (J.P Ghetty – Billionaire)
Memulakan sesuatu itu adalah hebat tetapi menyelesikannya adalah lebih hebat! (H.W Longfellow)
Kebanyakan orang gagal bukan kerana bodoh tetapi mereka gagal kerana melakukan kerja bodoh. (Dr. Shukri Abdullah)
Manusia yang berakal ialah manusia yang suka menerima dan meminta nasihat. (Saidina Umar Al-Khattab)
Kemahuan adalah umpama orang buta yang perkasa mendukung orang lumpuh yang dapat melihat. (Arthur Schopenauer)
Kesusahan yang dialami kerana berusaha untuk berjaya hanya sekejap sahaja kemudian akan senang seumur hidup. (Ibnu Yusuf)
Tidak ada manusia yang dengan sendirinya menjadi cerdik. (Dr. Shukri Abdullah)
Meminta maaf jangan membuat diri kita menjadi hina. Memberi maaf jangan membuat kita merasa bangga. Tapi saling memaafkan itulah yang mulia (Silvana)
Jika lidah selalu basah dengan dzikrullah, jika pikiran selalu tertuju pada keinginan untuk mendapat Redha Allah, maka bersiaplah untuk manisnya iman dan nikmatnya ibadah (Rudi)
Sebaik-baik manusia adalah orang yang jika dilihat maka dapat mengingatkan kepada Allah (Zahwa)
Sebaik-baik manusia adalah yang sedikit bicara banyak berbuat kebaikan. Seburuk-buruk manusia adalah yang banyak bicara namun sedikit berbuat kebaikan (Azis)
Kita harus menyedari bahwa yang lebih berhak atas diri kita hanyalah Allah swt. Sang Khalik. Jadi tidak ada alasan bagi kita untuk tidak bersyukur dengan apa yang diberikannya, apapun itu (Asih)
Bahaya kepandaian adalah berbuat sekehendak hati. Bahaya keberanian adalah melampaui batas. Bahaya toleransi adalah menyebut-nyebut kebaikannya. Bahaya kecantikan adalah sombong. Bahaya ucapan adalah dusta. Bahaya ilmu adalah lupa. Bahaya pemurah adalah berlebih-lebihan (Tengku Abdul Wahab)
Teman yang benar bukanlah teman yang selalu membenarkan perkataanmu, akan tetapi teman yang benar adalah teman yang selalu berkata benar kepadamu (Salman)
Apabila kesusahan datang menerpa diri dan kecemasan bertumpang tindih menghimpit Anda, ucapkanlah “Laa Ilaah Illallaah” (Maidi)
Hasan Al-Basri berkata : “Aku tahu rezekiku tidak dimakan orang lain, keranaNya hatiku tenang. Aku tahu amalan-amalanku tidak mungkin dilakukan orang lain, maka aku sibukkan diriku dengan beramal. Aku tahu Allah selalu melihatku,keranaNya aku malu bila Allah mendapatiku melakukan maksiat. Aku tahu kematian menantiku, maka aku persiapkan bekal untuk berjumpa dengan Robb-Ku”
Empat hal yang dipandang sebagai ibu : Ibu dari segala ubat adalah sedikit makan. Ibu dari segala adab adalah sedikit bicara. Ibu dari segala ibadah adalah takut dosa. Ibu dari segala cita-cita adalah sabar. (Key)
Kelalaian itu merupakan keburukan dan dzikrullah merupakan kemenangan. Tidak ada kebaikan dalam hidup tanpa persaudaraan kerana Allah. Kadang seseorang bisa lupa kerana harta yang dia lihat atau emas yang dia beli tetapi ia tidak akan melupakan seseorang yang dia cintai kerana Allah (Jun)
Semakin bertambah keilmuan dan kekayaan seseorang, akan makin besar pula amanah yang dibeban olehnya. Tirulah padi, semakin berisi semakin menunduk (Abdullah Ibn Adam)
Kebenaran tidak diukur dengan banyaknya orang yang mau melakukannya, namun kebenaran adalah apa saja yang mendasari Al-Qur’an dan As-Sunnah dengan pemahaman salafus salih (Anisya LM)
Perbanyaklah menanam kebaikan meskipun orang yang menerima kebaikan itu tidak membalas seperti yang kita tanam, pasti akan ditanam hasilnya, entah sekarang atau esok, atau mungkin jadi ladang amal di akhirat kelak (Gilang)
Manusia yang paling lemah adalah orang yang tidak mampu mencari teman. Namun yang lebih lemah dari itu adalah orang yang mendapatkan banyak teman tetapi menyia-nyiakannya. (Ali bin Abi Thalib)
Kita berdoa jika kesusahan dan memerlukan sesuatu, mestinya kita juga berdoa dalam kegembiraan besar dan rezeki melimpah (Khalil Gibran)
Hiduplah seperti pohon kayu yang lebat buahnya, hidup di tepi jalan dan dilempari dengan batu, tapi membalas dengan buah (Abu Bakar Sibli)
Apabila kamu tidak bisa berbuat kebaikan kepada orang lain dengan kekayaanmu, maka berilah mereka kebaikan dengan wajahmu yang berseri-seri, disertai akhlak yang baik (Nabi Muhammad Saw.)
Kerana manusia cinta akan dirinya, tersembunyilah baginya aib dirinya. Tidak kelihatan olehnya walaupun nyata. Kecil di pandangnya walau bagaimana pun besarnya (Jalinus At Thabib)
Kamal Ataturk si kafir LAKNATULLAH!!
Kamal Ataturk diberi gelaran al-Ghazi (orang yang memerangi). Perkataan Ataturk bermakna bapa orang Turki. Artaturk ialah orang yang bertanggungjawab meruntuhkan Kerajaan Islam Turki pada tahun 1343H (1924M).Beliau dilahirkan pada tahun 1299H (1880M) di bandar salonika, Greek yang ketika itu merupakan jajahan takluk Kerajaan Uthmaniyyah. Bapanya bernama Ali Reda Afandi, berkerja sebagai pengawal di jabatan Kastam. Ada yang mengatakan beliau ialah bapa tiri Ataturk dan bukan bapa kandungnya. Ada juga yang mengatakan Ataturk oleh Guru matematiknya yang bernama Mustafa. Mustafa bertugas di sekolah Ataturk iaitu sebuah sekolah menengah tentera dan pada ketika itulah beliau tertarik dengan kebolehan Ataturk dalam bidang matematik lalu mencadangkan nama Mustafa Kamal.
Ketika Mustafa Kamal mencapai usia 12 tahun, beliau memasuki Sekolah Tentera Salonika. Kemudian beliau menyambung pelajaran di Akademi Tentera Monasitar pada tahun 1302H (1885M). Pada tahun 1322H (1905M), beliau memasuki kolej tentera di Istanbul dan menamatkan latihan ketenteraannya pada tahun 1325H. (1907M). Kemudiannya, belaiu telah ditugaskan di Kem Tentera Batalion ketiga di Salonika. Ataturk hidup tanpa isteri dan anak-anak. Isterinya bernama Latifah Hanim hanya mampu tinggal bersamanya selama setahun sahaja kerana tidak tahan dengan kefasikan Ataturk. Kediamannya dipenuhi dengan segala macam kemungkaran daripada arak sehinggalah wanita. Sewaktu Mustapha Kamal Attaturk menjadi perdana menteri Turki, dia telah membuat undang-undang yang amat bercanggah dengan ajaran agama Islam, antaranya ialah :
1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.
2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi(sesuai dengan kehendak barat).
3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.
4. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden."
5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
8. Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.
9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
10. Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.
11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.
12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.
17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan di mana tuhan > tinggal?" oleh kerana takut, askar tersebut menjawab 'Kamal Atartuk adalah tuhan" beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.
Kematian Kamal Atartuk Yang Menyeksakan
Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia. Antaranya ialah :
1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
2. Sakit jantung.
3. Penyakit darah tinggi.
4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau. Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk. Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jamdisebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.
Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.
Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya. Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya). Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi namaEtnaGrafi (kalau tak silap dengar) selama 15 tahun sehingga tahun 1953).
Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya diletakkan dalam keranda timah dan dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan.Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!
Maha suci Allah.. Itulah azab yang diterima oleh seorang yang menentang Agama Allah secara terang-terngan.. Belum lagi azab yang ditanggung di akhirat kelak yang kekal abadi.. Dan itulah yang selayaknya diterima oleh si murtad Mustafa Kamal Ataturk LAKNATULLAH!!
Sejarah Bangsa Melayu Yang Sengaja Di Padam Penjajah
PERISTIWA YANG SENGAJA DIPADAM DARI SEJARAH BANGSA - oleh British
ALLAH SWT TA'ALA MENGATUR SEGALANYA
Negeri Kelantan telah menerima kedatangan dua orang Wali daripada keturunan Ahlul-bait iaitu Syed Hussein Jamadil Kubra dan Shaikh Tanauddin. Daripada keturunan inilah lahir Wali Songo (Wali 9) dan keturunan Nik/Wan di negeri Kelantan dan seluruh Asia tenggara.
Keturunan ini juga pengasas kepada kesultanan Melayu di Nusantara, termasuk Brunei dan di Selatan Filipina. Sejarah lengkap terlalu panjang, fokus kepada kerajaan Kelantan sahaja.
Seperti yang kita tahu, takdir telah menentukan keturunan Nabi Muhammad telah dizalimi, dibunuh dan mereka ini lari hingga ke India (wilayah Deccan). 7 orang daripada mereka telah belayar ke TIMUR (mereka ini Wali 7) untuk menyambung tugas-tugas dakwah pada masa itu.
2 orang daripada mereka belayar dan singgah di Kelantan. Syed Hussein Jamadil Kubra memulakan dakwah di Kelantan dan berkahwin dengan puteri raja Kelantan pada masa itu.
Hadis Ibnu Mas‘ud
Maksudnya: Dari Abdullah bin Mas’ud dia berkata: “Ketika kami berada di sisi Rasulullah SAW, tiba-tiba datang sekumpulan anak muda dari kalangan Bani Hasyim. Apabila terpandang akan mereka, maka kedua mata Rasulullah SAW berlinang air mata dan wajah baginda berubah. Aku pun bertanya, “Mengapa kami melihat pada wajahmu sesuatu yang tidak kami sukai?”
Baginda menjawab, “Kami Ahlul Bait telah Allah pilih untuk kami Akhirat lebih dari dunia. Kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran selepasku kelak sehinggalah datang suatu kaum dari sebelah Timur dengan membawa bersama-sama mereka panji-panji berwarna hitam. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya. Maka mereka pun berjuang dan beroleh kejayaan lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu tetapi mereka tidak menerima sehinggalah mereka menye rahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabat ku yang memenuhi bumi dengan keadilan sebagai mana ia dipenuhi dengan kedurjanaan. Siapa di antara kamu yang sempat menemuinya maka datangilah mereka walaupun merangkak di atas salji. Sesungguhnya dia adalah Al Mahdi.”
(Riwayat Ibnu Majah) (Lihat kitab Al Hawi lil Fatawa, m.s. 71-72)
Hubung-kait antara Kedah dan Kelantan - Permulaan Kerajaan Besar Semenanjung
Sayyid Hussein Jamadil Kubra
Beliau adalah tokoh yang terpenting di Nusantara. Terlalu penting sehingga nama beliau DIPADAMKAN oleh British dan DIPADAMKAN DARIPADABUKU SEJARAH DI SEKOLAH.
1. Sayyid Hussein Jamadil Kubra dikatakan sebagai datuk kepada Wali Songo.
2. Adik beliau merupakan Adi Putera, Guru Hang Tuah.
3. Keturunan beliau ialah Sultan Brunei sekarang.
4. Keturunan beliau adalah Sultan Kelantan sekarang.
5. Beliau dikaitkan dengan pembinaan Masjid Kampung Laut.
6. Keturunan beliau di Kelantan memakai gelaran Tengku, Nik dan Wan.
7. Beliau ketua Wali 7.
8. Beliau menetap agak lama di Kelantan sebelum meneruskan misi dakwah bersama-sama Wali Songo di Jawa. Bukit Panau di Tanah Merah Kelantan merupakan tempat pertapaan beliau dan tempat Wali Songo berkumpul sebelum ke Jawa.
WALI 7
Saiyid Hussein Jamadil Kubra dari keturunan Saiyid al-Alawiyah (bertemu hingga kepada Saiyidina Hussein cucu Rasulullah s.a.w.) anak dari bekas seorang gabenor kepada Sultan Muhammad Tugluq (Kesultanan Delhi) yang kemudian berkuasa di wilayah Deccan (India Selatan); telah sampai di Kelantan kira-kira pada tahun 1349 Masihi besama adiknya Saiyid Thana'uddin atau Syekh Saman (anak murid kepada Ibnu Hajar). Sudah menjadi takdair bahawa keturunan Rasulallah dizalimi, ditindas, dibunuh dan merantau meninggalkan Kota Mekah untuk menyelamatkan diri masing-masing.
Sepanjang misi dakwahnya Saiyid Husein sempat mengawini tiga puteri keluarga Diraja Empayar Chermin (Kelantan Purba) yang sewaktu itu ibu kotanya bernama 'Jiddah' terletak 3 batu dari Bukit Panau. Kota tersebut telah terbenam ke dalam bumi dan ditenggelami oleh air, kini dikenali sebagai Danau Tok Uban.
Anak sulong beliau, Maulana Malik Ibrahim (Sunan Gresik) merupakan pelopor dan ketua Wali Songo. Maulana Malik Ibrahim merupakan anak Saiyid Husein hasil perkahwinan dengan Puteri Linang Cahaya (adik kepada Cik Wan Kembang). Siapa sangka bahawa Wali Songo adalah anak buah (anak saudara) Cik Wan Kembang yang tersohor di Kelantan itu.
Salah seorang anak beliau, dihantar untuk berdakwah ke Borneo dan diangkat menjadi Sultan di Brunei bergelar Sultan Berkat yang merupakan nenek moyang raja-raja Brunei sekarang. Inilah jawapan kepada Misteri kenapa Sultan Brunei telah membina sebuah masjid yang cantikdan besar di gigi tasik Danau Tok Uban, sedangkan tempat ini 'tersorok' dan orang kelantan sendiri ramai yang tidak tahu kewujudan tasik yangagak luas sayup mata memandang.
Shaik Thanauddin pula menetap di Bukit Panau (Tanah Merah, Kelantan) sebagai tempat pertapaannya yang mana di sinilah Laksamana Hang Tuah datang untuk berguru semasa usia awal remaja sekitar tahun 1400. Pada zaman dahulu kala, Bukit Panau merupakan landmark bagi pelaut antarabangsa kerana bentuknya yang unik seperti piramid itu dapat dilihat dari laut ketika berada di perairan Laut China Selatan. Pada zaman dahulu, Bukit Panau diakses melalui Sungai Kelantan yang cuma disebelahnya. Kapal-kapal mudah sahaja melalui Sungai Kelantan yang luas itu. Inilah perkampungan Wali Songo dan tempat di mana mereka merancang dakwah di Tanah Jawa. jangan keliru, sebenarnya Bukit Panau ini bersebelahan sahaja dengan tasik Danau Tok Uban dan Masjid Sultan Brunei. Anjung Masjid Sultan Brunei di Tasik Danau Tok Uban di Pasir Mas Kelantan.
Semua informasi yang disampaikan oleh Wonbin ini agak menarik tetapi terlalu banyak informasi yang perlu dikaji selidik. Masalahnya data sejarah kita tak lengkap, hanyalah melalui cerita lisan. Kalau adapun penulisan seharusnya dalam tulisan jawi dan penulisannya tidak boleh sewenang-wenangnya diambil tanpa dikaji asal-usul naskah tersebut. Mungkin ini semua boleh terlerai jika diperincikan dan dibuat satu kajian perbandingan dengan sejarah di Jawa dan juga tulisan Arab dan China. Sudah tentulah sejarah2 sebegini tidak disimpan oleh pihak kolonial, kalau tidak pastinya sudah ditimbulkan oleh Mubin Sheppard dan Richard Winsteadt.
Selain Kota Salor, Kota Jelasin dan Puteri Saadong, aku juga terpanggil untuk mencari hubungan Puteri Saadong dengan kerajaan Perak. Negeri Perak sebenarnya telah wujud pada zaman pra sejarah lagi. Kota Tampan di Lenggong merupakan satu-satunya kawasan yang terbukti wujudnya Zaman Batu Lama di Tanah Melayu. Bertolak dari tarikh antara 4 ratus hingga 8 ribu tahun sebelum masihi, Negeri Perak telah mengalami evolusi dari masa ke masa.
Kesan peninggalan sejarah zaman batu ini terbukti dengan jumpaan alat-alat batu dan fosif-fosil manusia dikenali dengan nama ‘Perak Man’.Negeri Perak merentasi Zaman Hoabinhian seterusnya Zaman Batu Baru dan Zaman Logam, yang dapat dibuktikan dengan jumpaan-jumpaan tertentu.Ini disusuli pula dengan zaman Hindu/Buddha yang dijangkakan berlaku serentak dengan lain-lain kawasan di Tanah Melayu. Selepas zaman ini, alam persejarahan Negeri Perak telah maju setapak lagi dengan wujudnya kerajaan-kerajaan tempatan seperti Manjung di Daerah Dinding dan Beruas (wujud setelah Manjung luput).
Begitu juga beberapa kerajaan lagi di Perak Tengah dan Ulu seperti Tun Saban dan Raja Reman(Reman ini asalnya adalah sebahagian daripada Kerajaan Pattani Besar sbelum ianya berpecah-pecah). Serentak dengan itu Islam mula bertapak kukuh di negeri ini.Titik sejarah Negeri Perak sebenarnya bermula dengan penabalan Sultan Muzaffar Syah l yang berketurunan dari Sultan Mahmud Syah Melaka pada tahun l528. Walaupun zaman Kesultanan Negeri Perak telah muncul tetapi kuasa-kuasa tempatan masih diakui berkuasa. Corak pemerintahan yang dijalankan adalah urutan dari sistem feudal di Melaka yang berdemokrasi.
Negeri Perak lebih dikenali setelah kekayaan buminya diketahui iaitu ekoran dari penemuan bijih timah di Larut pada tahun l848 oleh Long Jaafar. Di kelantan dan Pattani juga mempunyai keturunan raja-raja yang memakai gelaran yang sama sehingalah Raja Kelantan di zaman Kelantan moden Long Yunus. Pendekata ini tidak mustahil. Apalagi bila Pattani dikatakan terhubung dengan Perak dan kedah dan adanya Sunga Petani yang seharusnya dipanggil Sungai Pattani, merujuk kepada sejarah.
Kota Jelasin terletak kira-kira 4.8 kilometer dari Bandar Kota Bharu. Kota ini terkenal semasa di bawah pemerintahan Cik Siti Wan Kembang dari tahun 1548 sehingga 1580. Kota Jelasin dibuka pada tahun 1663 dan dibina dengan kayu-kayu tebal serta diukir dengan baiknya oleh tukang-tukang ukir yang masyhur. Kubu-kubu pertahanan dibina berhampiran dengan kota tersebut. Parit-parit digali dengan dalamnya serta timbunan tanah yang tebal dibuat sebagai benteng pertahanan.
Semasa pemerintahan Puteri Saadong, kota ini bertambah maju dan kota ini dijadikan sebagai kubu pertahanan negeri Kelantan daripada serangan dan ancaman luar. Mengikut sejarah, Kota Jelasin pernah diserang oleh Raja Siam disebabkan iri hati dengan kemajuan Kota Jelasin. Akhirnya, Kota Jelasin binasa dan Puteri Saadong juga menghilangkan diri. Semenjak itu berita daripada Puteri Saadong tidak diketahui dan keadaan Kota Jelasin semakin kucar-kacir tanpa pemerintah.
Kini Kota Jelasin hanya dikenali dengan nama Kota sahaja. Kesan peninggalan kota lama itu hampir lenyap kerana kurang perhatian untuk memeliharanya dan kawasan sekitar kota tersebut kini ditumbuhi belukar.
RAJA ABDULLAH (1663-1671)
Makam Raja Abdullah yang terletak di Kampung Padang Halban, Kota Bharu. Raja Abdullah adalah suami kepada Puteri Saadong
(gambar hiasan)
Raja Abdullah adalah putera kepada Raja Bahar. Baginda telah dikahwinkan dengan sepupunya Puteri Saadong, Puteri kepada Raja Loyor oleh Paduka Cik Siti Wan Kembang. Perkahwinan ini adalah untuk mengelakkan angkara dari Raja Siam yang juga berhasrat untuk memperisterikan Puteri Saadong.
Selepas istiadat perkahwinan tersebut, Paduka Cik Siti Wan Kembang telah menabalkan Raja Abdullah menerajui Kota Tegayung. Perkahwinan ini juga secara tidak langsung telah menamatkan sejarah pemerintahan di Jembal. Kemudiannya Cik Siti Wan Kembang telah meninggalkan Kota Tegayung. Kota yang baru ini dinamakan Kota Jelasin (sekarang Kampung Kota, Kota Bharu). Kota Jelasin juga kemudiannya diserahkan kepada Raja Abdullah dan Puteri Saadong.
Pemerintahan Raja Abdullah dan Puteri Saadong tidak lagi berpusat di Jembal tetapi di Kota Jelasin. Besar kemungkinan kuasa pemerintahan Raja Abdullah ini meliputi kerajaan Jembal. Andaian ini berdasarkan kepada keadaan di Jembal yang tidak mempunyai pemerintah selepas kemangkatan Raja Loyor dalam tahun 1663.
Dalam tahun 1671 baginda Raja Abdullah telah mangkat. Baginda dikatakan mati ditikam oleh isteri baginda Tuan Puteri Saadong dengan penyucuk sanggul dalam satu pergaduhan di Kota Mahligai. Pergaduhan ini berpunca daripada sikap marah Tuan Puteri Saadong terhadap suaminya Raja Abdullah yang tidak setia terhadap janji.
Baginda Raja Abdullah telah dimakamkan di Padang Halban, dalam daerah Melor kira-kira 17 km dari bandar Kota Bharu.
BUKIT MARAK, PERINGAT, KOTA BHARU
Pemandangan di sekitar Bukit Marak :
Tempat ini dipercayai merupakan tempat istirehat lagenda Puteri Saadong.
Di sebelah kirinya ialah Sekolah Menengah Bukit Marak..
Batu-batu timbul yang menarik terdapat di Bukit Marak yang sering dikunjungi oleh pelawat-pelawat dan ahli-ahli kaji sejarah.
Bukit Marak terletak kira-kira 20 km daripada bandar Kota Bharu. Menurut sejarah, Cik Siti Wan Kembang, pernah bersemayam di sini sewaktu Pengkalan Datu menjadi pelabuhan yang penting sekitar tahun 1605.
Bukit Marak juga menjadi tempat bersemayam Puteri Saadong selepas kemangkatan suaminya Raja Abdullah dalam tahun 1761M. Kota Mahligai yang menjadi pusat pemerintahan pada masa itu telah diserahkan kepada Raja Abdul Rahim yang ditabal menggantikan Raja Abdillah.
Semasa berada di Bukit Marak, Puteri Saadong amat disayangi oleh rakyat jelata kerana kemurahan hati baginda. Baginda sering menjadi tempat rakyat jelata meluahkan perasaan terhadap kezaliman yang dilakukan oleh Raja Abdul Rahim. Peristiwa ini membuat baginda sering berdukacita dan akhirnya menyebabkan baginda memencilkan diri ke Gunung Ayam.
Hingga kini kesan-kesan peninggalan Tuan Puteri Saadong di Bukit Marak masih lagi dapat dilihatnya. Antaranya kesan-kesan istana tempat baginda bersemayam dan bahagian bawahnya pula terdapat satu kawasan yang dipercayai tanah perkuburan pengikut-pengikut baginda.
Daripada maklumat yang didapati ternyata Kota Salor mempunyai dua cerita yang berbeza, satunya ia diserang oleh Siam dan satu lagi ianya diserang oleh Sultan Muhamad Mulut Merah, iaitu Sultan Muhamad II, bapa kepada Long Ghafar. Kedua-duanya merujuk kepada abad yang berbeza, mungkin juga kedua-dua peristiwa tersebut terjadi pada zaman yang berbeza, tetapi pada zaman Sultan Muhamad II Kota tersebut lenyap atau dilenyapkan kerana kekuasaannya serta usahanya menghapuskan raja-raja kecil yang ada diseluruh negeri.
JEMBAL DALAM LIPATAN SEJARAH
Pengenalan
•Negeri Kelantan terletak di pesisir Pantai Timur Semenanjung.
•Menjadi tumpuan pedagang berulang alik dari timur dan barat.
•Kedudukannya yang strategik, menyebabkan wujudnya kerajaan yang besar di situ yang mengawal aliran perdagangan dan politiknya.
•Salah sebuah kerajaan yang masyhur di abad ke 17 dan 18 ialah Kerajaan Jembal.
Sejarah Awal Kelantan
•Sejarah awal Kelantan sukar dikesan.
•Ada pendapat mengatakan Kelantan sudah wujud diabad yang pertama lagi dengan
panggilan ‘Medang Kemulan’.
•Dalam abad ke 5, Kelantan dikenali dengan nama’Kalatana’ atau ‘Tanah Kala’.
•Catatan Shen Yao (414 – 512) ada menyebut negeri ‘Ho-lo-tan’ atau ‘Kou-lo-tan’.
Kelantan Abad Ke 15
•Tahun 1411 Kelantan diperintah oleh Raja Kumar (Islam). •Menjalinkan hubungan dengan negeri Cina. •Sultan Iskandar memerintah sehingga tahun 1465. •Tahun 1465 Sultan Mansur menggantikan ayahyandanya yang mangkat. •Tahun 1477, Kelantan diserang oleh Melaka di bawah Sultan Mahmud Syah. •Sultan Mahmud Syah akhirnya berkahwin dengan puteri Sultan Mansur. •Tahun 1526 Raja Gombak menggantikan Sultan Mansur.
Kelahiran Cik Siti Wan Kembang
•Cucu Raja Gombak iaitu Raja Ahmad berkahwin dengan Cik Banun Puteri Sri Nara D’Raja iaitu sepupu Raja Hussin.
•Baginda dikurniakan seorang puteri bernama Cik Wan Kembang. •Sultan Ahmad mangkat ketika Cik Wan Kembang berusia 4 tahun. •Raja Hussin dari Johor dilantik sebagi pemangku raja.
Kerajaan Cik Siti Wan Kembang
•Tahun 1610, Raja Hussin mangkat. •Cik Wan Kembang ditabal menjadi raja. •Pusat Pentadbiran di Gunung Cinta Wangsa, Ulu Kelantan. •Kerajaan Cik Wan Kembang sangat masyhur. •Ramai pedagang datang berniaga, termasuk dari Arab. •Orang-orang Arab memanggil baginda dengan panggilan ‘Paduka Cik Siti’. •Dari situ baginda lebih dikenali dengan nama ‘Cik Siti Wan Kembang’.
Asal-usul Kerajaan Jembal
•Kerajaan Jembal diasaskan oleh Raja Besar. •Raja Besar dikatakan dari keturunan Raja Bersiung yang memerintah Kedah abad 14. •Raja Besar dan pengikut-pengikutnya mencari tempat yang sesuai untuk dijadikan negeri. •Baginda mendirikan sebuah kota di tepi sungai Babong, di Pulau Melaka. •Di situ terdapat satu pokok ‘jambu jembal’ yang besar. •Lalu baginda menamakan tempat itu ‘JEMBAL’.
Pertabalan Raja Sakti
•Tahun 1638, Raja Besar menabalkan Raja Sakti sebagai penggantinya. •Raja Sakti dikurniakan 7 orang anak iaitu; ~ Raja Adiluddin (Raja Loyar) ~ Raja Bahar (Raja Udang) ~ Raja Omar (Raja Ekok) ~ Raja Sungai ~ Puteri Sayu Bari ~ Puteri Unang Melor ~ Puteri Cempaka Bongsu
Kelantan Di Bawah Raja Loyar
•Tahun 1649 Raja Loyar ditabalkan sebagai raja memerintah Jembal. •Raja Bahar dilantik sebagai Bendahara. •Raja Omar sebagai Raja Muda. •Raja Sungai sebagai Temenggong. •Raja Loyar sangat dikasihi oleh rakyatnya. •Baginda dikatakan mempunyai sifat kesaktian dengan berdarah putih, tulang tunggal, bulu roma songsang, lelangit hitam, lidah fasih dan air liur masin.
Hubungan Dengan Kerajaan Cik Siti Wan Kembang
•Di bawah Raja Loyar, kerajaan Jembal bertambah maju dan makmur. •Hubungan dengan kerajaan Cik Siti Wan Kembang adalah baik. •Raja Loyar mempunyai 2 orang cahaya mata, iaitu seorang putera (meninggal) dan seorang puteri bernama Puteri Mariam.
•Puteri Mariam lebih dikenali sebagi Puteri Saadong. •Cik Siti Wan Kembang telah mengambil Puteri Saadong sebagai anak angkat. •Puteri Saadong dihadiahkan dua ekor anak kijang untuk dijadikan mainan. •Hingga sekarang gambar 2 ekor kijang dijadikan lambang kebesaran Kerajaan Negeri Kelantan.
Perkahwinan Puteri Saadong dengan Raja Abdullah
•Puteri Saadong termasyhur dengan kecantikannya. •Raja Prasat Thong dari Siam menghantar utusan untuk meminang Puteri Saadong. •Namun pinangan itu ditolak. •Puteri Saadong lalu dikahwinkan dengan sepupunya Raja Abdullah. •Raja Abdullah telah mendirikan sebuah kota yang dinamakan ‘Kota Jelasin’ (Kg. Kota sekarang).
•Cik Siti Wan Kembang, Raja Abdullah dan Puteri Saadong telah membuka penempatan baru di Kg. Chetok yang dikenali sebagi ‘Tanah Serendah Sekebun Bunga’.
•Di sini Cik Siti Wan Kembang gering, lalu dibawa ke Gunung Cinta Wangsa dan meninggal di sana.
•Setelah itu seluruh Kelantan diperintah oleh Raja Loyar.
Peperangan Dengan Angkatan Siam
•Raja Siam marah di atas perkahwinan Puteri Saadong dengan Raja Abdullah. •Baginda menghantar angkatan menyerang Kota Jelasin. •Raja Abdullah berundur ke Melor dan membina ‘Kota Mahligai’ di sana. •Angkatan Siam mara pula ke Melor. •Kerana sayangkan nyawa rakyat, Puteri Saadong menyerah diri dan dibawa ke Ayudhiya.
Kemangkatan Raja Loyar
•Ketika Puteri Saadong berada di Siam, ayahanda Raja Loyar telah mangkat. •Jenazah banginda dimakamkan di Jembal iaitu bersebelahan SMK Raja Sakti sekarang. •Adinda baginda Raja Omar ditabal menjadi raja dengan gelaran Sultan Omar
Puteri Saadong Berangkat Pulang
•Setelah kembali dari Siam, Puteri Saadong mendapati ayahandanya telah mangkat.
•Puteri Saadong terus ke Kota Mahligai. •Sepeninggalan Puteri Saadong, Raja Abdullah telah berkahwin dengan anak pembesar negeri.
•Satu pertengkaran telah berlaku. •Raja Abdullah mangkat setelah tertikam penyucuk sanggul Puteri Saadong. •Jenazah baginda dimakamkan di Kampung Padang Halban, dekat Melor.
Pemerintahan Raja Abdul Rahim
•Tahun 1671, Raja Abdul Rahim, adinda Raja Abdullah, dilantik memerintah di Kota Mahligai.
•Puteri Saadong berpindah ke Bukit Marak. •Pemerintahan Raja Abdul Rahim sangat zalim. •Ramai rakyat datang mengadu kepada Puteri Saadong. •Tahun 1673, Puteri Saadong berpindah ke Gunung Ayam untuk mengasingkan diri.
Kemangkatan Raja Abdul Rahim
•Raja Omar dari Jembal menghantar anaknya Raja Kecil Sulong untuk menyelesaikan masalah di Kota Mahligai.
•Salah seorang pengikut Raja Kecil Sulong berjaya menikam Raja Abdul Rahim di tepi Tasik Lelayang Mandi.
•Baginda mangkat di situ.
Kegemilangan Kelantan Di Bawah Sultan Omar
•Kelantan amat maju di bawah Sultan Omar. •Baginda dapat menyatukan Kelantan di bawah satu pentadbiran. •Baginda membuat lawatan ke seluruh jajahan negeri. •Membuka satu kawasan tanaman padi yang luas di Padang Jembal, Bachok. •Mengadakan hubungan dengan negara luar seperti Pattani, China dan Jawa. •Juga dengan negeri jiran seperti Terengganu. •Baginda dikurniakan 5 orang putera puteri; Raja Kecil Sulong, Raja Pah, Raja Sakti III, Raja Ngah dan Raja Nah.
Kedatangan Anak Raja Pattani
•Tahun 1686, tiga orang anak Datu Pengkalan Tua, Raja Pattani datang mengadap Sultan Omar.
•Mereka ialah; ~ Tuan Sulong (Long Sulong) ~ Tuan Senik (Long Senik) ~ Tuan Besar (Long Bahar) •Long Bahar dikahwinkan dengan anakanda baginda, Raja Pah. •Yang lain dikahwinkan anak pembesar negeri. •Sultan Omar membina Kota Senang yang kemudiannya diserah kepada Raja Pah dan suaminya.
Sultan Omar Mangkat
•Sultan Omar memerintah selama 46 tahun. •Baginda mangkat pada tahun 1721 •Jenazah baginda dimakamkan berhampiran Kota Seneng. •Sekarang dikenali sebagai Kg Senenag. •Belindan makam baginda dipercayai didatangkan dari Negeri Cina.
Raja Kecil Sulong
•Sultan Omar diganti oleh anakanda baginda Raja Kecil Sulong. •Raja Kecil Sulong membina sebuah kota yang dinamakan ‘Kota Teras’. •Kota ini diperbuat daripada teras kayu tembesu. •Baginda memerintah 5 tahun sahaja. •Mangkat pada tahun 1725 dalam usia yang muda.
Peranan Raja Pah
•Putera Raja Kecil Sulong yang bernama Raja Abdul Rahman masih kecil. •Raja Pah telah mempengaruhi pembesar negeri supaya suaminya Tuan Besar / Long Bahar dilantik menjadi Sultan.
•Dengan itu tertolaklah hak Raja Abdul Rahman. •Long Bahar telah berpindah dari Kota Seneng ke Kota Jembal. •Apabila Long Bahar mangkat, anakanda baginda Long Sulaiman dilantik memerintah Kelantan.
•Dari keturunan Long Sulaiman inilah datangnya salasilah kesultanan Kelantan hari ini.
Jembal Hari Ini
•Nama Jembal kekal sehingga tahun 1922 sahaja. •Tempat itu telah berubah kepada nama Kedai Lalat dengan secara tidak dirancang. •Pekan tersebut dikunjungi oleh ramai penjual dan pembeli dalam masa yang singkat sahaja (*seperti lalat).
•Kerana itu pekan ini dinamakan Kedai Lalat. •Suasana itu kekal hingga ke hari ini.
Usaha Mempertabatkan Keturunan Jembal
•Keturunan Jembal tersebar di seluruh negeri Kelantan. •Terdapat juga di Kedah, Perak, Pahang, Terengganu dan lain-lain negeri. •Mereka memakai berbagai gelaran; Raja, Tengku, Ku, Tuan dan Nik. •Ada juga yang mengugurkan gelaran nama itu. •Tahun 1991, PKRJK ditubuhkan bagi mempertabatkan dan menyatukan semula anak cucu Raja Jembal.
•AJK membuat lawatan dan memberi penerangan di merata tempat dan ceruk rantau bagi merealisasikan usaha murni ini.
•PKRJK juga telah berjaya mengembalikan nama pekan kecil ini dan daerah sekitarnya kepada ‘KOTA JEMBAL’.
Salasilah: Keturunan Sayyid Hussain Jamadil Kubra
Sayyid Hussain Jamadil Kubra adalah tokoh yang kerap disebut namanya ketika membicarakan tentang keturunan Nik dan Wan di kepulauan Melayu.
Salasilah beliau adalah Sayyid Hussain bin Sayyid Ahmad Shah Jalal al-Khan bin Sayyid Abdullah Khan bin Sayyid Abdul Malik al-Azhamat Khan bin Sayyid Alawi bin Sayyid Muhammad Sahib al-Mirbat bin Sayyid Ali Khali’ Qasam bin Sayyid Alawi bin Sayyid Muhammad bin Sayyid Alawi bin Sayyid Ubaidillah bin Sayyid Ahmad al-Muhajir bin Sayyid Isa al-Rumi bin Sayyid Muhammad al-Naqib bin Sayyid Ali al-Uraidhi bin Imam Jaafar al-Sadiq bin Imam Muhammad al-Baqir bin Imam Ali Zainul Abidin bin Sayyidina Hussain bin Sayyidah Fatimah al-Zahra binti Sayyidina Muhammad Rasulullah. Ini adalah berdasarkan salsilah Tok Pulau Manis
Ayahanda beliau Sayyid Ahmad Shah dikatakan adalah bekas Gabenor di dalam kerajaan Sultan Muhammad Tughlaq.
Sayyid Hussain Jamadil Kubra dikhabarkan tiba di Kelantan pada tahun 1349M bersama adinda beliau Sayyid Thana’ullah atau dikenali juga sebagai Shaykh Saman, anak murid kepada Imam Ibnu Hajar,
Menurut salasilah tersebut, Sayyid Hussain Jamadil Kubra mempunyai tiga orang putera iaitu Maulana Malik Ibrahim, Maulana Ibrahim Akbar dan Sayyid Ali Nurul Alam.
Dari keturunan Maulana Malik Ibrahim dan Sayyid Ali Nurul Alam lah lahirnya para Wali Songo seperti Sunan Ampel, Sunan Bonang, Sunan Gunung Jati, Sunan Kalijaga, Sunan Giri, Sunan Darajat, Sunan Kudus dan Sunan Muria.
Saya tertarik juga dengan salasilah waliyullah Tok Pulau Manis di atas kerana disebut bahawa dari keturunan Sayyid Ali Nurul Alam lah lahirnya Wan Demali, Wan Hussein Telok Manok, Wan Senik, Wan Biru dan lain-lain.
Salasilah Sayyid Hussain Jamadil Kubra yang pernah saya simpan mempunyai sedikit perbezaan dengan salasilah di atas.
Anda boleh juga melihat laman web tentang keturunan kesultanan Melayu di Kepulauan Melayu.
Misi Saiyid Hussien Jamaluddin Kubra di Nusantara. 11 Februari 2010 – 23:29
Peranan Kelantan (Kerajaan Langkasuka) sebagai pusat Majapahit Barat (atas deklarasi Mahapatih Gadjah Mada setelah Majapahit mengalahkan Siam pada tahun 1357) yang kemudian berkembang menjadi Empayar Chermin banyak memberi sumbangan terhadap perkembangan Islam di Nusantara.
Empayar Chermin adalah koalisi sementara antara Kerajaan Langkasuka dengan Kerajaan Champa (Vietnam) dan Kerajaan Samudera-Pasai (Aceh) yang dibentuk selepas tahun 1335 oleh Raja Langkasuka-Kelantan ketika itu yang bernama Raja Bharubhasa atau dikenali sebagai Sultan Mahmud Syah setelah memeluk Islam melalui ulama dari Pasai.
Saiyid Hussein Jamadil Kubra dari keturunan Saiyid al-Alawiyah (bertemu hingga kepada Saiyidina Hussein cucu Rasulullah s.a.w.) anak dari bekas seorang gabenor kepada Sultan Muhammad Tugluq (Kesultanan Delhi) yang kemudian berkuasa di wilayah Deccan (India Selatan), telah sampai di Kelantan kira-kira pada tahun 1349 besama adiknya Saiyid Thana’uddin atau Syeikh Saman (anak murid kepada Ibnu Hajar).
Sepanjang misi dakwahnya Saiyid Hussein sempat mengawini tiga puteri keluarga Diraja Empayar Chermin yang ketika itu, ibu kotanya bernama ‘Jeddah’ terletak 3 batu dari Bukit Panau, Kelantan Darul Naim. Jeddah bermaksud permata.
Dari isteri Saiyid Hussein Jamadil Kubra yang pertama, Puteri Linang Cahaya (adik kepada Cik Siti Wan Kembang) dia mendapat dua orang anak, yang lelaki bernama Maulana Malik Ibrahim (pelopor Wali Songo) dan yang perempuan bernama Siti Aisyah.
Perkahwinan Saiyid Hussein Jamadil Kubra dengan Ramawati puteri kepada Raja Champa, Sultan Zainol Abidin (Ce Bo Nga) dan Permaisuri Siti Zubaidah pula melahirkan generasi yang tersenarai di dalam kumpulan Wali Songo dari titisan anak mereka, Ibrahim Asmaro.
Sewaktu umurnya hampir 80 tahun Saiyid Hussein telah dipertemukan jodoh dengan Puteri Selindong Bulan atau Siti Syahirah iaitu cucu saudara kepada isterinya yang pertama, Puteri Linang Cahaya dan beroleh seorang anak lelaki bernama Ali Nurul Alam yang kemudiannya nanti menjadi Perdana Menteri Majapahit II di Kelantan bergelar Patih Aria Gajah yang dikaitkan dengan beberapa peristiwa dengan Laksamana Hang Tuah. (Di Patani, Ali Nurul Alam terkenal dengan nama Sultan Qunbul setelah dilantik menjadi sultan di Patani Darussalam)
Syarif Muhammad Kebungsuan adalah anaknya yang bungsu dari isterinya yang ke empat (keluarga Diraja Johor) yang kemudian terkenal sebagai pembangun Kesultanan Mindanao/Sulu (Filipina), sementara salah seorang dari abangnya menjadi Sultan Borneo yang ke-3 bergelar Sultan Berkat, moyang raja-raja Brunei sekarang.
Ke empat-empat isteri yang dikahwini Saiyid Hussein Jamadil Kubra itu ialah selepas tiap-tiap seorang daripadanya meninggal dunia.
Pada awal abad ke-14 Ibrahim Asmaro dihantar oleh ayahnya Saiyid Hussein Jamadil Kubra ke Tanah Jawa membantu serta menyambung usaha-usaha dakwah abangnya Maulana Malik Ibrahim yang meninggal dunia pada tahun 1419 dan dimakamkan di Gerisek, Tuban.
Turut serta ialah dua orang anak Ibrahim Asmaro, iaitu Maulana Rahmatullah dan Maulana Ishak meninggalkan Champa dan kemudiannya berhijrah ke Patani Darussalam. Mungkin inilah pelayaran wali-wali dari Champa yang dikaitkan atau mempunyai hubungan dengan pembinaan Masjid Kampung Laut di Kelantan. Masjid Kampung Laut adalah masjid yang tertua di Kelantan dan rekabentuk atapnya menyerupai rekabentuk atap Masjid Agung Demak.
Melalui firasat Saiyid Thana’uddin yang menjadi guru kepada cucu saudaranya Sunan Bonang dan Sunan Giri (juga guru kepada Laksamana Hang Tuah yang terkenal dengan gelaran Sang Adi Putra), Masjid Kampung Laut, Kelantan telah diramal akan mencetuskan kebangkitan Islam di Nusantara
Raja Empayar Chermin, Sultan Baki Syah ibni al-Marhum Sultan Mahmud Syah telah menyusul bersama satu rombongan keluarga Diraja Kelantan menemui Bentara Majapahit Hayam Wuruk untuk memperbetulkan amalan Islam yang sudah bercampur baur dengan agama Buddha Shiva setelah Hayam Wuruk berkahwin dengan anak saudaranya Bidarawati (puteri Raja Champa). Beberapa orang mubaligh yang dibawanya kemudian meninggal dunia dan dimakamkan di Leran.
Sebagai membuka tirai dakwah Islam di Tanah Jawa, Maulana Malik Ibrahim muncul sebagai perintis atau pelopor yang memberi laluan kepada wali-wali yang datang kemudiannya. Dengan tidak ada perbezaan kasta dan darjat seruan dakwahnya lebih disenangi di kalangan kasta-kasta Vaisya dan Sudras. Banyaklah kalangan mereka yang datang untuk mendapat pengajian selok-belok mengenai agama Islam.
Kehilangan Maulana Malik Ibrahim diganti oleh anak saudaranya, Maulana Rahmatullah yang memakai gelaran Sunan Ampel. Jika Maulana Malik Ibrahim dianggap sebagai pencipta pondok (pesantren) yang pertama maka Maulana Rahmatullah adalah perancang negara Islam yang pertama di Tanah Jawa.
Maulana Ishak yang banyak membantu abangnya Sunan Ampel tidak ketinggalan meninggalkan jasanya. Daerah Balambangan hampir dibawanya tunduk di bawah Islam kalau tidak kerana perancangan mertuanya Raja Menak Sembayu yang bertekad hendak membunuhnya. Beliau akhirnya berhijrah ke Pasai (Aceh) dan Melaka merupakan destinasi yang terakhirnya.
Anaknya Raden Paku (Sunan Giri) telah membangunkan Giri sebagai pasak yang membawa tertegaknya Kerajaan Islam Demak. Sebagai markas gerakan dakwah yang pertama di Jawa, Giri juga memperlengkapkan gerakan mujahid yang tidak ada tolok bandingnya di samping mubaligh-mubaligh yang berkerja keras menyatukan Pulau Madura, Bawaen, Kangean, Ternate dan Maluku di bawah panji-panji Islam.
Walaupun kedatangan Raja Kemas Jiwa atau Sang Ajit Jaya Ningrat (putra kedua kepada Raja Chermin, Sultan Baki Syah) ke Jawa hanya semata-mata bermotifkan politik tetapi melalui ikatan perkahwinannya dengan Puteri Suhita (cucu Hayam Waruk), dia telah melembutkan hati Ratu Majapahit itu untuk menyerahkan Ampeldenta dan Gerisek menjadi sebahagian daripada wilayah Giri. Raja Kemas Jiwa memakai gelaran Sultan Iskander Syah Nenggiri apabila ditabalkan menjadi Sultan Kelantan setelah kematian abangnya Sultan Sadik Muhammad Maulana Nenggiri.
Semasa Sultan Iskander Syah Nenggiri menjadi Raja Kelantan dan bergelar Bentara Majapahit pada 1432 Masihi, baginda telah mengisytiharkan negeri Kelantan sebagai Majapahit II. Sampai ke hari ini keris kedaulatan negeri Kelantan dipanggil Keris Majapahit. Kerajaan Kelantan-Majapahit II ini lenyap setelah diserang oleh Empayar Melaka (dibawah Sultan Mahmud) pada tahun 1490 setelah Majapahit II lemah akibat peperangan dengan Siam sebelumnya.
Satu kejutan yang telah berlaku sehingga memutuskan nadi Kerajaan Hindu-Majapahit apabila Demak muncul sebagai Kerajaan Islam yang dicita-citakan. Desa Glagah Wangi bertukar wajah, Bintoro Demak mewujudkan ketandaan ‘rahmat’ apabila Raden Patah menjadi pemerintah bergelar Sultan Sri (Syah) Alam Akbar al-Fatah.
Penyebaran Islam di Jawa Tengah sebelah selatan, daerah yang sekarang dinamakan Surakarta dan Yogyakarta diterokai oleh seorang anak murid Sunan Kalijaga, Kiai Ageng Pandanarang atau disebut Sunan Tembayat.
Pemilihan Sunan Tembayat sebagai menggantikan tempat Syeik Siti Jenar (yang menerima hukuman bunuh oleh wali-wali kerana mendedahkan rahsia-rahsia ketuhanan) pada mulanya diragui oleh persidangan para wali kerana bekas Bupati Semarang ini ialah seorang yang kehidupannya dikelilingi kemewahan dunia malah tidak mempercayai Tuhan, tetapi kemudiannya menjadi seorang yang cukup patuh kepada ajaran agama Islam dan sangat alim.
Melalui anak-anak Ali Nurul Alam (Perdana Menteri Kelantan-Majapahit II) iaitu Wan Husein, Wan Bo dan Wan Demali, Kelantan sekali lagi telah meyumbangkan mubaligh-mubalighnya di dalam menyambung tugas-tugas Maulana Malik Ibrahim (bapa saudara mereka) dan membantu Sunan Ampel (sepupu mereka) di Gerisek dan Maulana Ishak di Pasai (Aceh).
Wan Husein dihantar ke Pulau Madura. Wan Bo ke Pasai (Aceh) dan Wan Demali ke kawasan Johor-Riau (Pulau Bentan). Dari sinilah Wan Demali mendapat jolokan Raja Laksamana Bentan.
Generasi Wan Bo (Syarif Abdullah) telah berjaya menegakkan dua buah Kerajaan Islam Banten dan Ceribon di mana anaknya Syarif Hidayatullah atau Sunan Gunung Jati telah dapat menyempurnakan cita-cita datuknya Saiyid Hussein Jamadil Kubra.
Kejayaan para wali dalam perjuangan dakwah mereka mencapai tahap yang gilang gemilang di mana Indonesia lahir sebagai negara yang majoritinya beragama Islam.
Turut mendukung di atas kejayaan ini ialah Sunan Bonang, Sunan Drajat, Sunan Kudud dan Sunan Muria yang disenaraikan dalam kumpulan ‘Wali Songo’ manakala Sunan Prowoto, Sunan Dalem, Syeikh Sutabris (salah seorang guru Sunan Kalijaga) dan lain-lain lagi merupakan watak-watak sampingan yang peranan mereka juga tidak boleh dianggap sepi.
Dengan ini dapatlah disimpulkan bahawa peranan Champa dan Pantai Timur Semenanjung Tanah Melayu (Kelantan-Patani) dianggap begitu penting dalam penyebaran Islam di Nusantara khususnya di Indonesia.
Kenapa Daging Babi Haram Dimakan?
Babi adalah sejenis haiwan yang diharamkan di dalam Islam, dan pengharamannya adalah melalui dalil al quran iaitu dalil Qat'ie yang tidak boleh dipertikaikan dan di gazetkan dalam surah (Al-Baqarah : 173)
BABI: HIKMAH PENGHARAMANNYA
Babi adalah sejenis haiwan yang bermancung panjang dan berhidung leper dan dikatakan haiwan yang berasal dari Eurasia. Ia juga dikenali sebagai khinzir (perkataan Arab). Selain itu, babi adalah salah satu mamalia yang paling pintar, dan dilaporkan lebih pintar dan lebih mudah dipelihara dibandingkan dengan anjing dan kucing.
Dalam al-Quran dinyatakan bahawa babi adalah najis yang haram jika disentuh dan haram untuk dimakan oleh umat Islam. Babi juga turut diharamkan dalam agama Yahudi dan Gereja Masehi Advent di kalangan penganut Kristian. Kajian tentang DNA babi mendapati bahawa struktur genetik babi adalah terhampir dengan struktur genetik manusia berbanding haiwan-haiwan lain.
PENYAKIT-PENYAKIT YANG BERPUNCA DARI DAGING BABI
Dr Murad Hoffman, Daniel S.Shapiro, MD, seorang Pengarah Clinical Microbiology Laboratories, Boston Medical Center, Massachusetts, dan juga merupakan penolong Profesor di Pathology and Laboratory Medicine, Boston University School of Medicine, Massachusetts, Amerika Syarikat menyatakan terdapat lebih dari 25 penyakit yang boleh berpunca dari babi. Di antaranya:
*Anthrax *Ascaris suum *Botulism *Brucella suis *Cryptosporidiosis *Entamoeba polecki *Erysipelothrix shusiopathiae *Flavobacterium group IIb-like bacteria *Influenza *Leptospirosis *Pasteurella aerogenes *Pasteurella multocida *Pigbel *Rabies *Salmonella cholerae-suis *Salmonellosis *Sarcosporidiosis *Scabies *Streptococcus dysgalactiae (group L) *Streptococcus milleri *Streptococcus suis type 2 (group R) *Swine vesicular disease *Taenia solium *Trichinella spiralis *Yersinia enterocolitica *Yersinia pseudotuberculosis. (http://id.wikipedia.org/wiki/Babi)
MENGAPA BABI HARAM?
Islam melarang segala jenis darah. Analisis kimia dari darah babi menunjukkan adanya kandungan asid urik yang tinggi, suatu adunan kimia yang berbahaya bagi kesihatan manusia yang bersifat racun. Dengan kata lain, asid urik adalah sampah dalam darah yang terbentuk akibat metabolisme tubuh yang tidak sempurna yang diakibatkan oleh kandungan purine dalam makanan. Dalam tubuh manusia, senyawaan ini dikeluarkan sebagai kotoran, dan 98% dari asid urik dalam tubuh, dikeluarkan dari dalam darah oleh ginjal.
Islam mempunyai peraturan khusus dalam penyembelihan haiwan, iaitu dengan menyebut nama Allah Yang Maha Kuasa dan membuat hirisan untuk memotong urat nadi leher haiwan, tanpa menjejaskan urat-urat dan organ-organ yang lain. Dengan cara ini, kematian haiwan adalah disebabkan kehabisan darah dari tubuh, bukannya kerana kecederaan pada organ asasnya. Jika organ-organ misalnya jantung, hati atau otak dirosakkan, haiwan tersebut mati dengan segera dan darahnya akan menggumpal dalam urat-uratnya dan akhirnya mencemari daging, mengakibatkan daging haiwan akan tercemar oleh asid urik, sehingga menjadikannya beracun. Kini, para ahli makanan telah mula menyedari akan perkara ini, Subhanallah.
Apakah kita tahu bahawa babi tidak dapat disembelih di leher? Ini kerana babi tidak memiliki leher. Bagi orang Islam beranggapan kalau babi memang boleh dimakan dan layak bagi makanan manusia, tentu Allah SWT akan menciptakan haiwan ini dengan memiliki leher. Ilmu kedoktoran mengetahui bahawa babi adalah perumah (host) kepada berbagai macam parasit dan penyakit berbahaya. Sistem biochemistry babi mengeluarkan hanya 2% dari seluruh kandungan asid uriknya, sedangkan 98% bakinya kekal tersimpan dalam tubuhnya.
Allah SWT dengan jelas telah MENGHARAMKAN babi di dalam ayat-ayat berikut:
a. Al-Baqarah 173
b. Al-Ma’idah 3
c. Al-An’am 145
d. An-Nahl 115
KEBURUKAN DAGING BABI
Babi adalah binatang yang paling hodoh dan kotor. Ia suka memakan bangkai, kotorannya sendiri serta kotoran manusia. Ia sangat suka berada pada tempat yang kotor, tidak suka berada di tempat yang bersih dan kering. Babi adalah haiwan yang pemalas dan tidak suka bekerja, tidak tahan terhadap panas terik matahari, tetapi makan dengan rakus (lebih suka makan dan tidur), bahkan yang paling rakus di antara spesies haiwan-haiwan jinak. Jika bertambah umurnya, ia menjadi semakin malas & lemah. Suka dengan sejenis dan tidak cemburu. (Petikan dari ‘Adaptive Physiology on Mammals and Birds’).
Pengguna daging babi sering mengeluh tentang bau busuk pada daging babi (menurut penelitian ilmiah, hal tersebut disebabkan kerana pundi najis babi sering bocor, sehingga tahi babi merebak ke daging). Babi juga memiliki lemak punggung yang sangat tebal. Pemakan babi sering memilih daging babi yang nipis lemak punggungnya, kerana semakin tipis lemak punggungnya, kualitinya dianggap lebih baik.
Babi adalah sejenis haiwan yang kerakusannya dalam makan tidak dapat ditandingi haiwan2 lain. Ia makan semua makanan yang ada di hadapannya. Jika perutnya telah penuh atau makanannya telah habis, ia akan memuntahkan semula isi perutnya dan memakannya semula, untuk memuaskan kerakusannya. Ia tidak akan berhenti makan, bahkan memakan muntahnya. Ia memakan semua yang mampu dimakan di hadapannya. termasuklah najis manusia, haiwan atau tumbuhan, bahkan memakan kotorannya sendiri, hingga tidak ada lagi yang boleh dimakan di hadapannya.
Kadangkala ia kencing pada najisnya, kemudian memakannya kembali. Ia memakan sampah busuk dan kotoran haiwan. Babi adalah satu-satunya haiwan mamalia yang memakan tanah, memakannya dalam jumlah yang besar. Dalam waktu yang lama jika dibiarkan kulit orang yang memakan babi akan mengeluarkan bau yang hanyir.
Penelitian ilmiah moden di dua negara Timur & Barat, iaitu China dan Sweden menyatakan bahawa daging babi merupakan penyebab utama kanser anus & kolon. Peratus penderita penyakit ini di negara-negara yang penduduknya memakan babi, meningkat secara drastik, terutama di negara-negara Eropah, dan Amerika, serta di negara-negara Asia (seperti China dan India). Sementara di negara-negara Islam, peratusannya amat rendah, sekitar 1/1000. Hasil kajian ini diterbitkan pada 1986, dalam Persidangan Tahunan Sedunia tentang Penyakit Alat Pencernaan, yang diadakan di Sao Paulo, Brazil.
Babi banyak mengandungi parasit, bakteria, bahkan virus yang berbahaya, sehingga dikatakan sebagai reservoir (takungan) penyakit. Antara virus berbahaya berpunca dari babi adalah H1N1. Virus normal Al (Strain H1N1 dan H2N1) tidak akan menular secara langsung kepada manusia. Virus Al mati dengan pemanasan 60C lebih-lebih lagi apabila dimasak sehingga mendidih. Apabila melibatkan babi, virus AI dapat melakukan mutasi & boleh berkembang sehingga menjadi H5N1. Virus AI Strain H5N1 dapat menular ke manusia. Virus H5N1 ini telah menyerang Hong Kong pada tahun 1968 dan membunuh 700.000 orang (diberi nama Flu Hong Kong).
Meskipun empuk dan kelihatan begitu enak dan lazat, daging babi adalah daging yang sangat susah untuk dihadamkan kerana ia mengandungi banyak lemak. Dagingnya ibaratnya racun, begitu juga kolesterol!
Pada tahun 2001, para doktor Amerika Syarikat berjaya mengeluarkan cacing yang berkembang di otak seorang wanita, setelah beberapa waktu mengalami gangguan kesihatan yang ia rasakan setelah memakan hamburger (ham = babi). Wanita tersebut menegaskan bahawa dia merasa penat-penat (letih) selama 3 tahun setelah makan daging babi.
PENGHARAMAN BABI
Menggunakan babi hukumnya haram, baik atas daging, lemak, mahupun bahagian-bahagian yang lain. Ini dinyatakan dengan jelas melalui firman Allah SWT dalam ayat-ayat di atas.
Al-Quran menggunakan kata ‘lahma’ (daging) kerana sebahagian besar pengambilan manfaat dari babi adalah daging. Selain itu, dalam daging babi selalu terdapat lemak. Al-Quran menggunakan kata lahma, pengharaman babi bukan hanya dagingnya, tetapi keseluruhan tubuh babi.
Hikmah diharamkannya daging babi, terutama mengandungi cacing pita, seringkali disanggah oleh para ahli perubatan moden. Mereka mengatakan bahawa cacing tersebut mudah dihilangkan, bahkan dengan teknik masakan yang paling sederhana. Pandangan ini sungguh luarbiasa kerana babi itu sendiri menjijikkan bagi orang yang bersih jiwanya. Allah SWT telah mengharamkan babi sejak masa silam untuk waktu yang lama agar manusia mengetahui.
Manusia kini baru mengenal sedikit bahayanya, yakni cacing pita, namun demikian jauh sebelum itu Allah SWT telah mengharamkannya. Mungkin sekarang orang menganggap bahawa peralatan masak moden telah mengalami kemajuan, sehingga ada yang menerima kalau daging babi tidak lagi membahayakan dan bukan merupakan sumber ancaman bagi manusia. Dengan teknologi pengolahan makanan dan teknik pemanasan yang canggih, bahaya itu sudah boleh dihilangkan.
Mereka lupa bahawa untuk mengatasi bahaya cacing pita saja telah memakan waktu berabad-abad. Itu hanya untuk mengungkap satu penyakit saja. Siapa yang dapat menjamin bahawa di luar penyakit itu sudah tidak ada lagi bahaya yang terkandung di dalam daging babi. Apakah tidak selayaknya syari’at yang jauh lebih mendahului kemajuan pengetahuan manusia puluhan abad yang lalu kita percayai sepenuhnya? Semua keputusan diserahkan pada syari’at. Kita menghalalkan apa yang dibolehkan dan menghindari apa yang dilarang. Syariat ini adalah dari Allah Yang Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui segala makhluk-Nya.
Munculnya penyakit Japaneese Encephalitis (JE) di Malaysia suatu ketika dulu, telah kembali membuka mata. Satu lagi bencana mengancam manusia timbul dan bersumber dari babi. Rupanya Allah masih sayang pada manusia, sehingga sekali lagi manusia diingatkan agar menjauhi haiwan haram itu. Sudah banyak sekali bukti-bukti yang menunjukkan keburukan babi. Namun setakat ini manusia tetap nekad memakannya.
BABI DALAM DUNIA PERUBATAN MODEN
Bagi pengguna Muslim, babi adalah antara bahan yang diharamkan untuk diproses dan dimanfaatkan. Namun, babi sering dijadikan sebagai model penelitian yang berkaitan dengan manusia, kerana kemiripan sistem penting dalam tubuhnya. Penggunaan bahagian-bahagian babi dalam industri farmaseutikal ternyata cukup besar. Beberapa bahagian dari babi yang pernah dan atau masih menyumbangkan peranannya dalam industri farmaseutikal adalah sebagai berikut :
Kelenjar adrenalin babi
Kelenjar ini terdapat pada ginjal. Kelenjar ini dapat menghasilkan hormon yang disebut sebagai steroid dan epinephrine. Hormon hormon yang dihasilkan oleh kelenjar adrenal babi pernah merupakan sumber penting yang digunakan untuk mengatasi beberapa penyakit yang disebabkan oleh ketidakseimbangan tubuh.
Kelenjar pankreas babi
Salah satu hormon yang dihasilkan oleh pancreas babi adalah insulin. Insulin digunakan ke atas pesakit-pesakit diabetes (kencing manis). Insulin berfungsi untuk mengatur metabolisme gula dalam tubuh. Salah satu sumber insulin yang sudah tidak asing lagi digunakan dalam dunia perubatan adalah insulin babi. Sebanyak 60 ribu ekor babi diperlukan untuk menghasilkan 1 paun insulin dari yang mampu merawat pengidap diabetes seramai 750-1000 orang selama setahun, jumlah yang cukup besar. Ketika ini ada alternatif lain pengganti insulin seperti humulin yang walaupun lebih mahal sedikit, ternyata mendapat permintaan yang tinggi dari pesakit-pesakit Muslim untuk mengganti hormon insulin babi.
Lambung babi
Lapisan dalam lambung mengandung protein dan enzim. Bahagian ini secara komersial digunakan untuk membuat sejenis bahan untuk membantu pencernaan (digestive aids).
Usus halus babi
Heparin adalah bahan yang ditemui secara eksklusif pada dinding dalam usus halus babi. Heparin diklasifikasikan sebagai salah satu produk farmaseutikal yang penting.
Jantung babi
Jantung babi digunakan untuk mengganti beberapa bahagian jantung manusia yang sudah tidak berfungsi lagi. Bahagian jantung babi yang digunakan pada manusia, ternyata sangat sesuai pada tubuh manusia. Hal ini menunjukkan bahawa banyak kemiripan pada sistem penting antara manusia dan babi.
MENGAPA BABI HARAM UNTUK UMAT ISLAM?
Ada seorang ilmuwan bertanya kepada seorang Ulama mengenai babi:
Ilmuwan : Haramnya haiwan babi bagi umat Muslim adalah disebabkan kerana banyaknya parasit dan kotoran dalam haiwan ini. Dengan semakin canggihnya ilmu kedoktoran, bukannya mungkin nantinya haiwan babi dapat dibersihkan dari virus dan parasit yang mematikan ini? Apakah nantinya haiwan babi yang bersih akan menjadi halal?
Ulama : Haramnya babi bukan kerana sebab itu saja. Tetapi ada sifat babi yang sangat diharamkan untuk umat Islam.
Ilmuwan : Apakah itu?
Ulama : Cuba anda buat 2 kandang. Dimana 1 kandang diisi dengan 2 ekor ayam jantan dan 1 ekor ayam betina. 1 kandang lagi diisi dengan 2 ekor babi jantan dan 1 ekor babi betina. Apakah yang terjadi pada masing2 kandang tersebut? Bolehkah anda menekanya?
Ilmuwan : Tidak boleh!!!!
Ulama : Mari kita lihat bersama-sama sekarang. Pada kandang pertama di mana ada 2 ekor ayam jantan dan 1 ekor ayam betina, 2 ekor ayam jantan tersebut berkelahi dahulu untuk merebutkan 1 ekor ayam betina tersebut sampai ada yang menang dan kalah. Dan itu sesuai dengan Kudrat dan Fitrah manusia diciptakan Allah SWT.
Ilmuwan : Pada kandang babi?
Ulama : Ini yang menarik. Pada kandang kedua, iaitu kandang berisi 2 ekor babi jantan dan 1 ekor babi betina. Ternyata 2 ekor babi jantan tidak berkelahi untuk memperebutkan 1 ekor babi betina, tetapi 2 ekor babi jantan tersebut malahan menyetubuhi secara beramai-ramai 1 ekor babi betina tersebut dan juga terjadi hubungan Homoseksual antara kedua ekor babi jantan setelah selesai dengan si betina. Hal inilah yang jelas2 bertentangan dengan Fitrah umat manusia. Bilamana umat Islam ikut-ikutan memakan babi, maka ditakutkan umat Islam akan mempunyai sifat dan perangai seperti babi ini.
MENINGGALKAN LARANGAN TUHAN
Perbezaan antara seorang mukmin dengan kafir dalam amal perbuatannya terutama didasarkan dari niatnya. Seorang yang beriman ketika mengerjakan sesuatu atau meninggalkannya, selalu mendasarkan tindakannya itu atas perintah dan larangan dari Allah SWT. Sebaliknya seorang kafir tidak pernah menjadikan perintah dan larangan Allah SWT sebagai landasan amalnya.
Misalnya, ketika seorang muslim melakukan solat dan ditanyakan kepadanya, mengapa dia solat? Maka jawapannya adalah bahawa kerana Allah SWT telah memerintahkannya untuk solat. Tentang solat itu ada manfaatnya buat kesihatan atau ketenangan jiwa dan sebagainya, tidaklah menjadi landasan dasar atas solatnya. Dan di situlah niat yang sesungguhnya.
Demikian juga ketika seorang mukmin meninggalkan arak, zina, judi dan makan babi, niatnya semata-mata kerana dia tunduk, taat dan patuh kepada larangan dari Allah SWT. Bukan sekadar mengejar hikmah dan tujuan yang bersifat duniawi. Tidak meminum arak bukan kerana sekadar memabukkan, tetapi semata-mata kerana mematuhi larangan Allah SWT. Menghindari zina bukan kerana takut terkena HIV, tetapi kerana ada larangan dari Allah SWT. Demikian juga, tidak memakan babi bukan kerana takut pada cacing pita, tetapi kerana Allah SWT sudah mengharamkannya.
Sebenarnya masih banyak lagi rahsia dan hikmah di balik larangan memakan babi. Namun semua itu sekadar menambahkan lagi keyakinan yang sudah ada di dalam diri kita. Ianya bukan sebagai landasan utama. Yang penting, kita meninggalkan tegahan Allah SWT untuk mencapai keredhaanNya.
Wallahua’lam.
Cara Root Samsung Galaxy S3
Cara root Samsung Galaxy S3 latest firmware sebenarnya sangat mudah memandangkan berpuluh-puluh cara root galaxy s3 yang diperkenalkan.Salah satu yang paling mudah pernah kami cuba ialah root Galaxy S3 menggunakan file apk.Tanpa menggunakan komputer serta odin atau file yang besar, anda mampu root smartphone tersebut dengan hanya 1 klik dan sekali reboot.
Bagi anda yang masih belum root phone masing-masing, cara ini telah pun dicuba oleh kami sendiri dan ianya 100% menjadi tanpa sebarang masalah.Berminat? Ikuti langkah tutorial dibawah :
TUTORIAL INI HANYA UNTUK SAMSUNG GALAXY S3
CARA ROOT SAMSUNG GALAXY S3
1- Pergi pada phone anda “setting > tick pada unknown sources”
2- Kemudian on kan USB Debugging.
3- Download file apk root ini dan letakkan dalam memori kad.Anda juga boleh download melalui phone.(Download)
4- Selesai download, install file tadi.
5- Buka aplikasi yang diinstall tadi.Anda akan nampak beberapa pilihan.
6- Pilih Superuser kemudian pilih mode Aragon.
7- Reboot phone anda dan tahniah , anda berjaya root phone tersebut.
Mudah bukan? Ini yang paling mudah sebenarnya dan di cuba sendiri oleh kami.
Bagi anda yang masih belum root phone masing-masing, cara ini telah pun dicuba oleh kami sendiri dan ianya 100% menjadi tanpa sebarang masalah.Berminat? Ikuti langkah tutorial dibawah :
TUTORIAL INI HANYA UNTUK SAMSUNG GALAXY S3
CARA ROOT SAMSUNG GALAXY S3
1- Pergi pada phone anda “setting > tick pada unknown sources”
2- Kemudian on kan USB Debugging.
3- Download file apk root ini dan letakkan dalam memori kad.Anda juga boleh download melalui phone.(Download)
4- Selesai download, install file tadi.
5- Buka aplikasi yang diinstall tadi.Anda akan nampak beberapa pilihan.
6- Pilih Superuser kemudian pilih mode Aragon.
7- Reboot phone anda dan tahniah , anda berjaya root phone tersebut.
Mudah bukan? Ini yang paling mudah sebenarnya dan di cuba sendiri oleh kami.
KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD SAW
Khutbah Terakhir Nabi Muhammad SAW
9 ZULHIJJAH TAHUN 10 HIJRAH, DI LEMBAH URANAH, GUNUNG 'ARAFAH
"Wahai manusia dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan !!! Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.
Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah bahwa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti akan membuat perhitungan atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba', oleh itu segala urusan yang melibatkan riba' hendaklah dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.
Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik! dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini. Sembahlah Allah, dirikanlah solat lima kali sehari, berpuasalah di Bulan Ramadhan, tunaikanlah zakat dan harta kekayaan kamu dan kerjakanlah ibadah haji sekiranya mampu.
Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak ada seorangpun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan amal soleh.
Ingatlah bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan atas segala apa yang telah kamu lakukan. Oleh itu, awasilah tindak-tanduk kamu agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu.
Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku ini menyampaikannya pula kepada orang lain dan hendaklah orang yang lain itu menyampaikannya pula kepada orang lain dan begitu seterusnya.
Semoga orang yang terakhir yang menerimanya lebih memahami kata-kataku ini dari mereka yang mendengar terus dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya aku telah sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba- Mu. "
Perjuangan Sultan Muhammad Al Fateh
Constantinople atau kini dikenali sebagai Istanbul adalah merupakan salah sebuah bandar yang istimewa dan sangat bersejarah di dunia. Ianya telah diasakan oleh Maharaja Rom yang bergelar Emperor Constantine pada tahun 330M.
Constantinople begitu strategik dari sudut ketenteraan, perniagaan, perhubungan dan politik pemerintahan antarabngsa sehinggakan Napoleon Bonaparte (Panglima dan Pemimpin Perancis 1769-1821) mengatakan bahawa kalaulah dunia ini sebuah negara , maka Constantinople adalah Bandar yang paling layak menjadi ibu kotanya - “If the Earth were a single state, Constantinople would be its capital.”
Di dalam sejarah Islam, keistimewaan Constantinople telah pun diumumkan oleh Rasulullah s.a.w sendiri ketika baginda menggali Parit Khandaq
“Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……” (Hadis riwayat Imam Ahmad)
Bagaimana sikap pemimpin umat Islam terdahulu terhadap sabdaan Rasulullah s.a.w?
Para sahabat dan pemimpin umat Islam selepasnya begitu berlumba-lumba di dalam usaha untuk membebaskan Constantinople bagi mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah swt sebagaimana di dalam Hadis tersebut. Daripada catatan sejarah mendapati bahawa tidak kurang daripada 8 kempen yang besar daripada keseluruhan 29 kempen yang telah dilancarkan tetapi kesemua kempen-kempen tersebut menemui kegagalan. Di antaranya ialah sebanyak 5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2 lagi kempen yang besar di zaman Kerajaan Uthmaniyyah.
(Foto Masjid Abu Ayyub al-Ansary di Turki)
Usaha yang pertama telah dilancarkan di zaman Kerajaan Umayyah pada tahun 44H, apabila seorang sahabat besar Nabi saw iaitu Abu Ayyub Al Ansary r.a telah syahid dan beliau telah dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka Abu Ayyub al Ansari menjawab, “Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda milik sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople”. Begitulah hebatnya keyakinan seorang sahabat besar Nabi s.a.w.
Di zaman pemerintahan Kerajaan Abbasiyyah pula, beberapa kempen pembebesan telah diusahakan termasuk di zaman Khalifah Harus ar Rashid pada tahun 190H tetapi turut menemui kegagalan.
Hadith Nabi s.a.w ini kemudiannya hanya menjadi kenyataan setelah hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fateh, Khalifah yang ke-7 Kerajaan Uthmaniyyah bersama seramai kira-kira 265,000 orang tenteranya.
Siapakah Muhammad al Fateh?
Nama sebenar Baginda ialah Muhammad bin Murad Bin Muhammad Bin Bayazid. Baginda telah dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi (833H) di Adrianapolis (sebuah bandar bersempadankan Turki – Bulgaria).
Baginda dikenali dengan gelaran ‘Muhammad Al Fateh’ kerana kejayaannya membebaskan kota Constantinople.
Baginda telah menaiki takhta seawal berusia 19 tahun lagi apabila menggantikan ayahandanya Sultan Murad II. Baginda telah memerintah empayar yang begitu luas selama kira-kira 30 tahundi antara tahun 1451–1481M. Baginda merupakan seorang negarawan yang ulung dan seorang panglima tentera agung yang telah memimpin sebanyak 25 kempen peperangan. Baginda telah meninggal dunia pada 3 Mei 1481 (855H) ketika berumur 49 tahun.
Bagaimanakah kehebatan pendidikan Baginda?
Kehebatan Sultan Muhammad al-Fateh banyak dibuktikan pada ketinggian keperibadian dan kesungguhan Baginda di dalam menjalani hidupnya. Semenjak kecil ayahandanya, Sultan Murad II telah membawa para ulama yang berwibawa untuk mendidik Muhammad all-Fateh secara intensif dan bersepadu.
Sheikh Muhammad Bin Ismail al Kurany telah diamanahkan untuk mengetuai barisan pendidik kepada Muhammad al-Fateh. Beliau telah diberikan autoriti untuk memukul Muhammad sekiranya diperlukan. Bahkan beliau pernah diberikan hadiah penghargaan oleh Sultan Murad II kerana beliau telah memukul Muhamamad al-Fateh dalam rangka untuk mendidiknya secara serius. Ini dibuktikan sehingga Muhammad al-Fateh dapat menghafal al Quran dalam tempoh yang pendek.
Guru sebenar yang membimbing Baginda secara bersepadu ialah Sheikh Shamsuddin al Wali yang merupakan seorang ulama yang hebat daripada keturunan Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq r.a.
Muhammad al-Fateh telah diyakinkan semenjak kecil oleh Sheikh Shamsuddin bahawa Baginda adalah orang yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w di dalam hadith pembukaan Costantinople berkenaan.
Beliau mengajar Muhammad al-Fateh ilmu-ilmu asas iaitu Al-Qur’an, Hadith, Feqah serta ilmu kemahiran yang lain seperti Matematik, Falak, Sejarah, tektik peperangan, memanah dan menunggang kuda.
Di dalam bidang bahasa pula, Baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam tujuh bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew.
Di dalam bidang Ilmu Pemerintahan pula, ayahanda Baginda , Sultan Murad II telah melantik baginda yang baru berusia 12 tahun sebagai pemangku Khalifah dengan tujuan mendidiknya, semasa Sultan Murad II pergi bersuluk ke Pulau Magnesia. Dalam usia semuda ini Baginda telah mulai matang untuk menangani tipu helah musuh.
Apabila Baginda menaiki takhta, Sultan Muhammad segera menemui Syeikh Shamsuddin bagi menyiapkan bala tentera ke arah penawanan Costantinople demi merealisasikan hadith Rasulullah s.a.w berkenaan.
Baginda seorang yang sentiasa berani, tegas, kuat menyimpan rahsia pemerintahan di samping bersikap tenang dan pendiam. Baginda sangat mencintai para ulama dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.
Kubu Rumeli Hisari yang dibina oleh al-Fateh bersama tenteranya
(Kubu Rumeli Hisari yang dibina oleh al-Fateh bersama tenteranya)
Baginda sentiasa bersifat tawadhu’ dan rendah diri. Semasa membina Kubu Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, Baginda mengangkat batu dan pasir hingga para ulama dan menteri-menteri pun terpaksa ikut sama bekerja.
Muhammad Al-Fateh sangat menyayangi Sheikh Shamsuddin dan Sheikh mempunyai kedudukan yang istimewa pada diri Sultan Muhammad Al-Fatih. Ini jelas dibuktikan ketika di dalam ucapan Baginda semasa pembukaan Constantinople, “Sesungguhnya kamu semua melihat aku gembira sekali. Kegembiraanku ini bukanlah semata-mata kerana kejayaan kita menawan kota ini, akan tetapi ia adalah kerana hadirnya Sheikhku yang mulia yang merupakan pendidikku, Asy-Sheikh Shamsuddin al Wali”
Bagaimanakah persiapan awal peperangan dipersiapkan?
Semenjak kecil, Muhammad al-Fateh telah meninjau dan mengkaji usaha yang dibuat oleh ayahnya untuk menawan kota Constantinople. Juga sepanjang 2 tahun pertama selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota Costantinople secara terperinci setiap malam bagi mengenal pasti sebarang faktor-faktor kelemahan Constantinople di samping mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen panglima Islam yang terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang tentang strategi-strategi terkini yang sesuai untuk digunakan.
Baginda telah membuat satu persiapan yang besar ke arah cita-citanya yang menggunung bagi menawan Constantinope. Baginda telah menyediakan angkatan tentera yang besar dan canggih dengan para mujahidin seramai kira-kira 265,000 orang dan kapal laut sebanyak 400 buah untuk tujuan ini.
Baginda juga telah mengarahkan pembinaaan peralatan perang termoden seperti meriam gergasi yang boleh menembak bom seberat 300 kg dengan jarak sejauh 1.5 kilometer.
Kota Rumeli Hisari telah dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 8 km dari Kota Constantinople. Ia dibina bertentangan dengan Kota Anadolu Hisari di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim yang terdahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Baginda juga telah mengikat perjanjian damai dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Constantinople apabila mereka diserang nanti.
Baginda membawa bersama batalionnya para ulama dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja mereka menghampiri dinding kubu Kota Constantinople, Baginda mengarahkan agar azan dilaungkan dan solat berjemaah disempurnakan. Tentera Byzantine begitu gementar melihat kira-kira 265,000 orang tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir yang memecah kesunyian alam.
Bagaimanakah serangan ke atas Constantinople dilancarkan?
Dari suduk geografinya, Kota Costantinople mempunyai keistimewaannya yang tersendiri kerana ianya dikelilingi oleh lautan dari tiga penjuru iaitu Laut Marmara, Selat Bhosphore dan Teluk Golden Horn. Kemasukan ke perairan Teluk Goldern Horn telah dihalang dengan adanya rantai besi raksasa. yang berfungsi menghalang kapal daripada masuk ke pintu utama Kota Costantinople.
Setelah segala persiapan diatur, akhirnya Sultan Muhammad al-Fateh telah menghantar utusan supaya Maharaja Byzantine menyerahkan kota Constantinople kepadanya tetapi beliau enggan berbuat demikian. Kota Costantinople telah dikepung dan mula diserang pada hari Rabu 19 April 1453M bersamaan 12 Rabiul Akhir 857H bersama angkatan tenteranya yang menjangkau seramai 265,000 orang,
Kota tersebut telah dihujani oleh peluru daripada meriam rasaksa selama 48 hari namun hanya merosakkan sebahagian dinding luar kota tersebut.
Menara Bergerak
Baginda kemudiannya memerintahkan tenteranya menggunakan menara bergerak yang mempunyai ketinggian lebih tinggi daripada Kota Constantinple serta boleh memuatkan ratusan Islam. Namun tentera Byzantine Berjaya memusnahkan menara bergerak tersebut setelah ianya Berjaya menembusi dinding tengah kubu mereka.
Bantuan dari Vatican.
Tentera laut Byzantine turut diperkukuhkan oleh bantuan yang dihantar oleh Vatican dan eropah dengan sebanyak 5 buah armada. Apatah lagi tentera Islam gagal untuk merentasi perairan Teluk Goldern Horn disebabkan rantai besi gergasi yang menghalang kemasukan kapal laut mereka. Ini menaikkan semula semangat tentera Vatican. Para paderi pula mengingatkan penduduk Constantinope supaya banyak berdoa agar Constantinople selamat.
Maharaja byzantine cuba memperdaya Muhammad al-Fateh dengan pelbagai tawaran, hadiah dan rasuah bagi menyelamatnya kedudukannya tetapi ditolak dengan tegas oleh Baginda supaya Constantinople diserahkan secara aman kepada mereka.
Bagaimanakah Constantinople ditawan?
a- Membawa kapal melalui gunung
Ketenangan dan kegembiraan Maharaja dan penduduk Constantinople tidak berpanjangan apabila mereka mendapati kehadiran sebanyak 72 kapal perang Muhammad al-Fateh telah sampai ke perairan Teluk Golden Horn pada 22hb April 1453M. Sultan Muhammad menggunakan satu kaedah yang luar biasa apabila Baginda dan tenteranya telah membawa kapal-kapal ini melalui jalan darat di atas gunung sebelum meluncurkannya semula ke Teluk Goldern Horn. Ini adalah satu keajaiban dan dianggap sebagai tektik peperangan yang terbaik di dunia oleh sejarawan Barat sendiri. Kapal-kapal Byzantine kemudiannya habis terbakar kerana dibedil oleh meriam tentera Islam dan sistem pertahanan Byzantine menjadi semakin lemah.
b-Suntikan semangat jihad
Baginda yang turut dibantu oleh para ulama telah mengambi kesempatan pada sebelah malamnya untuk memberikan semangat jihad kepada tenteranya di samping mengingatkan kepada mereka tentang hadith Rasulullah s.a.w dan mereka kemudiannya sama-sama bermunajat kepada Allah s.w.t.
c-Memanjat kota
Keesokan paginya tentera Uthmaniyah telah cuba memanjat dinding di dalam kubu dengan menggunakan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik yang besar. Mereka kemudiannya telah memacak bendera Daulah Uthmaniyyah di puncak kota. Tentangan sengit dari pihak Byzantine telah mengakibatkan ramai tentera Islam menjadi syudaha’. Muhammad al-Fateh kemudiannya memerintahkan agar tenteranya berundur dan bedilan meriam diteruskan sehingga tengahari.
d-Karisma Pemimpin
Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda akan berakhirnya dengan kejayaan telah menimbulkan rasa jemu dan menghilangkan keyakinan di kalangan sebahagian tentera Islam. Melihatkan keadaan yang genting tersebut maka Baginda berpidato bagi menaikkan semangat tenteranya, “Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid marilah ikut aku!”.
Mendengarkan pidato tersebut maka salah seorang tentera Baginda yang bernama Hasan Ulubate telah bangkit dan mengetuai sekumpulan kecil 30 orang tentera yang telah membuka dan kemudiannya melompat masuk ke dalam kubu musuh. Mereka lantas memacak bendera Islam di situ. Ini telah menaikan lagi semangat tentera Islam dan mengetarkan pihak musuh. Mereka kesemuanya kemudiannya gugur syahid setelah dihujani oleh anak panah musuh. Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Byzantine sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar. Laungan takbir yang telah mengisi ruang angkasa Constantinople telah memberikan kesan serangan psikologi kepada pihak musuh.
e-Terowong
Ketika kekalutan di Kota Constantinople belum pun reda, pihak musuh telah mendapat bahawa tentera Islam telah mengorek terowong untuk memasuki kota tersebut. Ketakutan menimpa mereka dengan rasa gerun dan takut yang teramat sangat.
Penawanan Constantinople
Pada 29 Mei 1453, Baginda bersama tenteranya yang hebat berjaya menawan Constantinople ke tangan Islam. Baginda telah membuktikan kebenaran hadith Rasulullah s.a.w. Constantinople telah ditukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) yang telah dijadikan sebagai ibu negara Khilafah Uthmaniyyah.
Gereja Besar St Sophies kemudiannya telah ditukar menjadi Masjid Aya Sophia. Dengan tawadhunya Baginda melumurkan tanah ke dahinya dengan melakukan syujud syukur sebaik sahaja kejayaan tersebut diraih bersama tenteranya. Nama Islambol kemudiannya telah ditukar kepada Istanbul.
Kenapa beliau dikatakan sebagai sebaik-baik raja?
Ketika solat Jumaat hendak didirikan buat pertama kalinya, timbul pertanyaan di kalangan baginda tentang siapakah yang paling layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita yang pernah meninggalkan solat fardhunya sejak baligh hingga sekarang walaupun sekali, sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.
Baginda bertanya lagi, “Siapakah di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Maka sebahagian daripada tenteranya pun duduk.
Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fateh sendiri.
Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, solat sunat Rawatib dan solat Tahajjud sejak baligh .
Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin al Wali. Bagindalah orangnya yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah s.a.w sebagai sebaik-baik raja yang memimpin sebaik-baik tentera di dalam hadithnya itu.
Adakah kemenangan itu adalah disebabkan oleh kelemahan Byzantine?
Sesungguhnya kemenangan tersebut Berjaya dilakukan bukanlah kerana kelemahan Byzantine atau Constantinople tetapi adalah kerana pergantungan tentera Islam terhadap Allah, berpegang kepada taliNya yang teguh dan kemajuan serta kemodenan ketenteraan Daulah Uthmaniyyah ketika itu.
Seorang ahli sejarah Perancis, Baron Karaffoo telah menyifatkan itu dengan menyatakan, ”Pembukaan Constantinople tidaklah berlaku kepada Sultan al-Fateh secara kebetulan dan juga bukan kerana Kerajaan Byzantine berada di dalam keadaan lemah, tetapi ia adalah kerana Sultan al-Fateh menggunakan segala kekuatan ilmu yang ada di zamannya.”
Apakah sumbangan utama lain Muhammad a Fateh?
Para ahli sejarah telah menjadikan tarikh pembukaan Constantinople pada 29hb Mei 1453M sebagai tarikh kepada sejarah moden. Ketika memasuki Bandar tersebut, Sultan Mummad al-Fateh telah mengistiharkan bahawa dunia kuno telah terhapus dan dunia moden telah datang.
1- Keadilan beragama
Ramai orang Yahudi dan Arab yang ditindas di Sepanyol telah berpindah ke Constantinople. Sultan al-Fateh juga telah membenarkan agama Kristian untuk diamalkan dengan mengekalkan gereja dan pengamalan mazhab Orthodoks mereka. Baginda telah meminta pihak gereja berhimpun dan memilih seorang ketua paderi di kalangan mereka. Mereka telah memilih anadius sebagai ketua yang kemudiannya berkata bahawa dia lebih suka melihat serban Sultan daripada melihat topi latin (Katholik)kerana pihak Katholik Barat telah menindas pihak Orthodoks. Sultan juga mengarahkan supaya gereja dan sinagog tidak dimusnahkan atau diapa-apakan.
2-Pengembangan Kerajaan dan Pembangunan
Sultan al-Fateh dikurniakan kejayaan yang besar dalam menyempurnakan penyusunan negara, kekemasan jentera pentadbiran dan membuat ikatan teguh di antara kawasan yang tunduk di bawah pebguasaannya serta menundukkan Serbia, Bosnia, kawasan pantai Laut Merah dan semenanjung Crimea. Baginda telah meluaskan sempadan Negara dari hanya sekiar 600 km persegi kepada keluasa 2,214,000 km persegi. matlamat Baginda dari perluasan negaranya adalah untuk menembusi Eropah dan menyelamatkan umat Islam di Andalus daripada cengkaman Kristian.
3-Perkembangan Tamadun
Bentuk peradaban telah berubah dengan pembukaan Islam tersebut kerana banyak masjid, sekolah dan hospital yang telah dibina. Baginda amat mengambil berat terhadap pelajaran dan pendidikan. Baginda juga telah menyusun pentadbiran, ketenteraan, politik dan pembangunan.
Sutan Muhammad al-Fateh meninggal dunia pada 1471M (886H) ketika sedang berada di kemuncak kemenangan dan kemuliaan. Ada pendapat mengatakan bahawa kematian Baginda adalah kerana diracun melalui perantaraan doktornya yang menyembunyikan identitinya sebagai seorang Yahudi.
Wahai anak muda ! Mari bersama kita teladani ikon kita….Sultan Muhammad al-Fateh !
Salam perjuangan
Rujukan dan Penghargaan
• Dr Eaman Mohammad Abbas – Sultan Abd al Hamid II dan Kejatuhan Khilafah Islamiah. Pustaka Salam Kuala Lumpur 2007
• Sheikh Muhhammad Sa’id Mursi – Tokoh=tokoh Besar Islam Sepanjang Sejarah. Pustaka al Kauthar Jakarta 2007
• Dr Ali Muhammad as Salabi – Biography of Muhammad al-Fateh. Maktaba as Sahaba
• Mohd Fauzi Asmuni – Sultan Muhammad al-Fateh dan Pembukaan Constantinople. satuperkongsian.wordpress.com
• Hasrizal Abdul jamil – Sultan Mummad al-Fatih dan Pembukaan Istanbul – 2007. komuniti.iluvislam.com
Subscribe to:
Comments (Atom)










